Wednesday, August 11, 2010

ELECTRIC TRAIN SERVICE (ETS)




LOCATION : IPOH SENTRAL-KL STATION- KL SENTRAL
CAMERA : CANON EOS 500D
LENS : 18-55mm

kali ni nak bercerita tentang pengalaman aku menaiki tren terbaru keluaran KTM. tapi sebelum 2 aku nak cite camna aku leh g sbb post sebelum nie aku coretkan tentang kehampaan aku. hehehe. aku dapat g selepas rakan office aku report kat boss aku psl hal nie. trus boss aku bagi pegi. hehe.


keretapi ni buatan sebuah syarikat KOREA yg dikenali sebagai HYUNDAI ROTEM. syarikat nie mengeluarkan pelbagai produk bermula daripada keretapi,kereta perisai/kebal, pembuatan kereta, serta pertanian. memang otai r syarikat nie. aku agak mesti aset dia berbilion dollar.


keretapi hanya mempunyai 1 kelas yang bermakna duduk kat mane pn tetap sama tahap. klu keretapi sebelum ni da klas satu, ekonomi tp ETS xda. kelajuan maksimum ETS ialah 162KM/H tp purata kelajuan hanya 145KM/H. bukan xleh laju lagi tapi landasan xberapa seimbang. ini disebabkan negara kita xda landasan khas utk ETS ni. landasan yang digunakan dikongsi bersama dengan komuter dan keretapi lain.

fasiliti didalam ETS hampir sama dengan kapal terbang AIR ASIA yang melakukan penerbangan domestik. ada tv, plug utk cas hp/laptop, wifi, dan mini cafe. didalam ETS juga ditempatkan pramugara dan pramugari utk membantu penumpang. mengenai tandas pula terdapat utk awam dan oku. semula peralatan didalam tandas mengunakan sensor. nak cuci tangan hanaya hulurkan tangan dibawah pili air.

perjalanan hanya memerlukan sekitar 2jam utk satu perjalanan dari ipoh ke kuala lumpur. dan kadar yang dikenakan ialah RM30. ini ialah kadar promosi sehingga DISEMBER 2010. memang harganya mahal tetapi bagi aku ia memang berbaloi dengan keselesaan, kepantasan serta keselamatan. tap mungkin aku hanya gunakan ETS dimasa kecemasan.

TAHNIAH KTMB!!!

No comments:

Post a Comment